2 January 2017
1324 Hours
Dalam Buku Anatomy
PROJEK ALLEN
1324 Hours
Dalam Buku Anatomy
Assalamualaikum and a happy new year guys!!!! Here I am writing nosense on my blog again hahahha. So right now all of us are busy having finals right? Goodluck and do your best!!!
In conjuction of the new year ( yeayyy hoorayyy *me flying around the room* ) , my blog will start sharing more and more stories especially short stories hahahhaha. I don't know if you like it but be sure to pay a visit on my blog and read my short stories. The first one titled as 'Projek Allen'. I dont know if you like it but it's regarding political and a liitle bit sci-fi element hahahhaa. Happy reading !!!!
PROJEK ALLEN
Ahad
25 September
'Tuan,
bukti yang pasukan saya kumpulkan jelas menunjukkan Datuk Seri Razak terlibat
dalam projek Allen! Tapi kenapa Tuan tak benarkan kami bertindak? Bukti dah
jelas!
'Ahmad…
aku nak kau siasat balik. AKU TAK NAK LIHAT NAMA DATUK SERI DALAM LAPORAN INI! Bersurai.'
Pertemuan
pada malam itu amat pahit buat Ahmad dan pasukannya. Segala bukti dan penemuan
berkaitan dengan Metrojaya berhubungkait dengan projek Allen, sebuah projek
dibawah Menteri Pertahanan Malaysia yang bertanggungjawab dalam R&D
pertahanan negara. Namun bagi Ahmad, projek itu tidak lebih dari sebuah projek
'syaitan durjana' .
'Jam
9 malam di pejabat.' , Ahmad menaip mesej tersebut dan dihantar kepada ahli
pasukannya. Terdiri daripada golongan yang sudah mahir dengan selok belok dunia
perisikan, pasukan Ahmad banyak membantu negara khususnya melibatkan dalam
hal-hal terorism dan pertahanan. Antara ahli pasukannya adalah Nur, seorang
pakar IT; Faiz, bekas ejen Special Branch yang mahir dengan perisikan lapangan
; dan akhir sekali adalah Lara, seorang pakar stategi yang dipinjam khas dari
Kor Risik DiRaja.
*******
'Tuan
Amin tak nak terima laporan kita. Dia minta kita buat siasatan balik.' , kata
Ahmad memulakan bicara.
'Kenapa?
Kita dah 5 bulan kumpul bukti dan buat siasatan! Kenapa tak terima?' bentak
Faiz.
'Entah.
Bos kita aku nampak macam tak senang duduk dengar laporan aku.'
'Tak
senang duduk? Maksud kau? Dia tengah sembunyikan sesuatu? Itu maksud kau?' ,
Lara mencelah.
'Mungkin.
Entahlah tapi aku rasa macam pelik sejak 2-3 bulan ini. Bos macam beri fokus
sepenuhnya terhadap penyiasatan kita.'
'Hmm,
sebenarnya aku tak sedap hati sejak pasukan kita ambil alih kes Metrojaya dari
polis. Bukan setakat bos kita yang ambil peduli kes ini, Menteri Pertahanan pun
ambil kisah. Aku rasa apa yang Lara cakap itu ada betulnya. Ada sesuatu yang
pihak atasan tak mahu kita tahu khususnya pasal Projek Allen itu.' , kata Nur
pula.
'Hmmm....tapi
kita tak boleh biarkan projek berjalan berterusan. Kita kena hentikan sebelum
ia mengancam manusia.'
'Jadi
apa caranya? Pihak atasan pun tak mahu terima laporan kita.'
'Minta
bantuan media. Itu saja harapan kita untuk hentikan Datuk bangsat itu. Setakat
ini saja. Besurai.' , kata Ahmad menamatkan bicara.
Ahmad
tahu risiko yang akan dia peroleh sekiranya dia mendedahkan maklumat rahsia
ini. Namun, dia tiada pilihan, sekiranya dibiarkan berterusan, lambat laun
orang awam akan terkena tempiasnya.
*******
Isnin
pagi 27 September
Pejabat
Perdana Menteri
'Jadi
apa yang kau maksudkan sekarang, mereka dah tahu perancangan kita? Segala
berkenaan Allen. Itu maksud kau? Kau tahu tak berapa banyak pelabur luar letak
modal dalam projek itu?!'
'Maafkan
saya Datuk, saya tak jangka mereka siasat sehingga sedalam itu.'
'Maaf,
maaf, maaf? Itu saja yang kau tahu. Kau ingat maaf boleh bayar projek itu? Aku
nak kau buat cleaning terhadap
mereka. Aku tak nak mereka dedahkan rahsia projek ini. Kau faham?!'
'Tapi
Datuk, mereka pasukan perisik terbaik negara. Saya rasa..'
'Kau
dengar sekarang apa yang aku nak cakap, kau nak kekal sebagai pengarah atau kau
nak....kau nak aku letak kau bawah akta ISA? Kau pilih sekarang!'
'Ermm...'
'Kau
laksanakan tugas kau dan kau dapat habuan seperti biasa. Aku nak kau bertindak
secepat mungkin kalau kau sayang kerja kau. Lagipun mereka hanya perisik
picisan saja. Tiada harga buat negara. Bila-bila masa boleh khianat. Aku nak
kau buat benda ini sekarang! Kesan dan hapuskan mereka. Faham?!'
'...ermm
baik Datuk. Saya cuba.'
'AKU
TAK NAK PERKATAAN CUBA. AKU NAK KAU BUAT! KAU FAHAM? DAH, KELUAR!'
Tuan
Amin keluar dari pejabat Datuk Seri Razak dengan wajah bengis.
'Orang
tua gila, aku terima tawaran kau sebab duit saja. Kalau tak dah lama bersepai
otak kau dalam pejabat', bisik Tuan Amin dalam hatinya.
*******
Selasa
malam 27 September 2016
Sebuah
MPV berwarna hitam berhenti di depan Bangunan Tun Musa Putih. Seorang lelaki
keluar sambil mengalas sebuah beg di belakangnya. Setelah memastikan keadaan
sekitar selamat, dia terus masuk ke dalam bangunan tersebut dan menaiki lif ke
tingkat 26. Aras tersebut sunyi, gelap, tanpa sebarang kelibat manusia. Mungkin
semua sedang enak beradu di rumah. Kakinya terus melangkah ke sebuah bilik.
Mempunyai sebuah meja bujur panjang dan kerusi. Mungkin lagi tepat dipanggil
bilik mesyuarat. Cahaya bulan menjengah masuk ke ruangan tersebut.
Lelaki
itu bergerak ke satu sudut dimana pada kedudukan tersebut, Kondominium Roselia
jelas kelihatan. Dua bangunan tersebut menghadap antara satu sama lain dan
hanya dipisahkan dengan jarak hampir 1 kilometer. Lelaki itu terus mengeluarkan
binokularnya dan meneropong ke arah kondo tersebut. Seketika kemudian, dia mula
tersenyum.
'Maafkan
saya Cik Blonde. Hanya menurut perintah' , bisik lelaki tersebut sambil
tersengih.
*******
Rabu
pagi 28 September 2016
Ahmad
terdiam sendirian di sofa. Dia terkejut. Sedih. Perasaannya bercampur baur.
Berita kematian Lara ditembak oleh penembak tepat benar-benar menggoncang
perasaannya. Tidak lupa juga fikirannya yang tidak henti-henti berfikir motif
pembunuhan tersebut. Sejenak kemudian, dia berasakan hanya satu sebab saja yang
menjurus pembunuhan iu berlaku. Projek Allen. Itu sahaja sebab yang kukuh
sebagai alasan untuk membunuh Lara. Dan, mungkin seterusnya dirinya dan ahli
sepasukannya yang tinggal.
Dicapainya
telefon lalu terus menaip sesuatu.
'JANGAN
BERTEMU BUAT SEMENTARA WAKTU. MEREKA SEDANG MENCARI KITA. BERTEMU DI TEMPAT
BIASA DALAM TEMPOH 2 HARI. MASA 1400. JANGAN PERCAYAKAN SESIAPA BUAT MASA INI.
ADA MUSUH DALAM SELIMUT'
Mesej
itu dihantar ke Faiz dan Nur. Ahmad melepaskan keluhan setelah itu.
'Siapa
lagi yang tahu kondo itu kalau bukan Faiz dengan Nur. Tuan Amin pun tak tahu
itu kondo 'perlindungan' ', cetus Ahmad dalam hati.
Jam
di dinding terus berdetik. Ahmad tahu, bila-bila masa nyawanya melayang. Dia
harus bersembunyi buat seketika waktu.
*******
Rabu
malam 28 September 2016
'Tuan,
apa langkah seterusnya? Bangun dari mati dah. Buat bukti di bangunan dah.
Takkan saya nak tengok saja drama mereka tuan?'
'Kau
senyap dulu Lara. Kau nak mereka tahu kau hidup lagi?!'
'Alaaa
tuan....'
Panggilan
Lara diputuskan begitu saja. Tuan Amin tersenyum seorang diri bila mendengar
perkembangan terkini pasukan Ahmad. Baginya perancangan fasa pertama cleaning berjaya. Kini dia harus
bergerak ke fasa 2.
*******
Khamis
pagi 29 September 2016
Faiz
memandu keretanya ke Setia Alam. Kawasan tempat tinggalnya ketika kecil dahulu.
Dia semenjak kematian Lara, dia kehilangan arah dan tujuan. Lara baginya,
seorang rakan sekerja paling rapat. Berbaldi-baldi cerita telah dia cerita
kepada Lara. Tatkala Faiz dimarah teruk oleh Ahmad oleh kerana kegagalannya
menjalankan objektif tertentu, Lara akan memberinya kata-kata semangat.
Sedang
asyik Faiz melayan perasaan, dia tiba di destinasinya. Sebuah tasik dalam
taman. Setelah memparkir keretanya, dia melabuhkan punggungnya ke salah satu
bangku di tepi tasik tersebut. Fikirinnya serabut yang amat bila memikirkan
semula kejadian yang menimpa Lara.
'Hai
Faiz! He he.'
'Eh
La...BAMMMM!!!'
Sedas
peluru dari Glock 19 yang hinggap di kepala Faiz cukup untuk membuatkan dia
senyap buat selama-lamanya.
'Nanti
kau kalau ada masalah ceritalah kepada Malaikat Maut ya? Bye Faiz' , titip Lara
sebelum meninggalkan tempat itu.
*******
Jumaat
malam 30 September 2016
'Kita
kena hapuskan orang tua keparat. Kita dah hilang dua orang...kita kena dedahkan
maklumat projek itu...'
'Tapi
siapa saja orang yang kita percaya?'
Ahmad
tersenyum. Nur pelik. Dua orang ahli sudah mati namun masih lagi mampu
tersenyum. Mungkin sudah gila? Mungkin ada rancangan? Siapa yang tidak runsing
bila melihat satu persatu teman seperjuangan mati dibunuh kerajaan sendiri.
Kerajaan yang mereka telah bersumpah taat setia untuk mempertahankan ia dari
serangan anasir luar.
Nur
tahu , usaha perlu dilakukan untuk menyelamatkan rakyat Malaysia dari bahaya
projek tersebut. Meskipun usaha tersebut akan menggadai nyawa mereka sendiri.
Mereka tak ingin rakyat Malaysia yang diubah dari segi sifat. Yang pelik dari
yang lain. Dan yang paling penting melawan ketentuan Ilahi.
'Kita
kena hapuskan dia.'
'Eh?',
Nur terkejut.
*******
Sabtu
malam 1 Oktober 2016
'Sasaran
sedang menghampiri bilik mesyuarat. 4 pengawal. Semua bersenjata.'
'Selain
itu, siapa lagi bersama dia?'
'Tuan
Amin pun ada juga dan Menteri Pertahanan. Mereka dah masuk bilik.'
'Baiklah.
Mulakan misi.'
'Hati-hati
Ahmad...pastikan kau selamat sebab...sebab....aku sukakan kau.'
Ahmad
terdiam. Kata-kata Nur buat dia terhenti sejenak. Kemudian dia tersenyum.
'In
shaa Allah. Kau pun.'
Nur
mendengar respon Ahmad. Dia tersenyum. Perasaan yang terbuku di hatinya telah
diluahkan. Dia terus mengalihkan perhatian kepada monitor.
Ahmad
melaraskan M24-nya tepat ke arah Datuk Seri Razak. Jaraknya antara bangunan
PWTC dan tempat dia hanya 800 meter.
'Baiklah
3....2...Klikkk'
Ahmad
tidak jadi menarik picu raifal setelah mengetahui terdapat seseorang sedang
mengacukan senjata betul-betul di belakang kepalanya.
'Hai
Ahmad he he he'
'La....ra?'
, Ahmad berpaling sambil terkejut.
'Bukan
ke kau dah mati ke?!'
'nampak
tak alat kawalan jauh ini? Kalau aku tekan....' , ujar Lara kepada Ahmad sambil
menekan alat tersebut.
Ahmad
melihat 1 misil bergerak dari atas menuju ke van yang dihuni oleh Nur.
'NUR!!!'
Misil
itu menghentam sasaran dengan jayanya. Ahmad tersentak.
'Okaylah
Ahmad, giliran kau pula untuk ikut Nur. Hati-hati di Neraka nanti dan jangan
lupa kirim salam kepada Nur dan Faiz huhuhu.'
BAMMMMM
***3
Minggu Kemudian***
Ting!
Alex
melihat satu emel baru dalam peti emelnya.
*SULIT
- PROJEK ALLEN*
Dia
kemudian tersenyum.
'Kau
gugur juga ya Ahmad. Hmm. Baiklah aku akan buat seperti apa yang kau wasiatkan.
Aku akan pastikan grup ini akan menyambung perjuangan kau. Aku akan pastikan
kapitalis bangsat itu jatuh. Aku akan selamatkan bangsa kita. Moga kau tenang
disana kawan.'
/The Witch's Advice #np/
TAMAT.
Comments
Post a Comment